Friday, September 30, 2016

Isu Gender dalam Kecemerlangan Akademik

ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
1.Perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelakidan perempuan dalam sistem akademik.
2.Keputusan  peperiksaan awam (UPSR, PMR, dan SPM)pada   tahun   1996-2000   menunjukan   pelajar   perempuanmemperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajarlelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran.
3.Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baikdalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta danperaturan yang jelas.
4.Pelajar   lelaki   lebih   cenderung   kepada   tugasanberbentuk   terbuka   yang   berkaitan   dengan   situasi   yangrealistik dan praktikal.
5.Berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan.

6.Faktor gender memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki.7.Bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan

Isu-isu perkongsian maklumat

Pengurusan ICT di sekolah ini tidak akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kita mengetahui cara-cara serta langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta semua maklumat yang penting yang dikendalikan. Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pada hari ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet samaada untuk diguna pakai dalam P&P atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. Salah satu aplikasi tersebut adalah seperti penggunaan blog, yang sedang saya diperaktikkan ini,dengan penggunaan blog kita bukan sahaja dapat berkongsi dalam penyampaian maklumat tersebut, malah kita juga dapat berhubung secara terus bersama individu-individu yang mnyalurkan maklumat tersebut. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. Inilah salah satu kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini.

Pelajar Sebagai ahli komuniti pembelajaran

KOMUNITI PEMBELAJARAN Definisi komuniti Secara keseluruhannya, komuniti menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat keseluruhannya. Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain. Secara rumusannya, komuniti bolehlah diertikan sebagai individu yang tinggal disesuatu tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda hidup dan benda bukan hidup yang lain. Definisi Pembelajaran Biasanya pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987). Pembelajaran tidak merujuk kepada perubahan akibat perkembangan seperti mengalami pertambahan ketinggian. Dalam mendefinisikan pembelajaran, Stalling (1973) telah menetapkan tiga kriteria penting iaitu : 1) Pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku. 2) Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. 3) Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. Mengikut apa yang dikatakan oleh Stalling ini, pembelajaran dikatakan berlaku sekiranya tingkahlaku seseorang individu itu berubah, melibatkan sesuatu pemikiran dan mengalami perubahan melalui pengalaman atau latihan.Pendapat yang diutarakan oleh Stalling ini dikukuhkan lagi dengan pendapat Woofolk (1998) yang mengatakan, ‘….. learning occurs when experience causes a relatively permanent change in an individual’s knowledge or behavior. The change may be deliberate or unintentional, for better or for worse’. Crow dan Crow (1983) pula menyifatkan pembelajaran merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap serta melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ini berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru. Manakala menurut Rahil Mahyuddin (2000), pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku yang melibatkan keterampilan kognitif; iaitu penguasaan ilmu dan penguasaan intelek. Sebagai rumusannya, pembelajaran berlaku apabila adanya perubahan tingkah laku yang kekal. Dalam proses pembelajaran, perubahan tingkahlaku adalah akibat mendapat kefahaman daripada maklumat baru, latihan, pengalaman, celik akal atau cuba jaya. Pembelajaran berlaku secara disedari atau tidak disedari dan merupakan proses yang berterusan yang berlaku sepanjang hayat. Konsep komuniti pembelajaran Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku. Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya. Teori Ekologi Bronfenbrenner (Komuniti Pembelajaran) Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang mana fokus utamanya ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya. Sistem Mikro Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu menghabiskan sebahagian besar masanya iaitu persekitaran yang paling hampir dengan individu. Situasi ini termasuklah bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada disekolah, atau kawasan setaman atau sekampung. Dalam sistem mikro, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Bagi Bronfenbrenner, pelajar atau individu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbal balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut. Sistem Meso Sistem meso melibatkan hubungan antara sistem mikro. Contohnya, menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman bersama rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam sistem mikro yang lain. Contohnya, seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan menghadapi masalah menjalin hubungan yang positif dengan gurunya. Sistem Ekso Sistem ekso adalah keadaan di mana pengalaman dalam sesuatu seting (di mana pelajar tidak aktif) mempengaruhi pengalaman pelajar dan guru dalam konteks yang langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam konteks Malaysia). Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkara-perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut. Sistem Makro Sistem makro melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal; termasuklah nilai dan adat resam masyarakat. Contohnya, ada budaya (seperti budaya Islam di Mesir dan Iran) sangat menegaskan peranan tradisi mengikut jantina. Dalam budaya lain (seperti di Amerika Syarikat), peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat diterima. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki atau lelaki memainkan peranan yang dominan dalam budaya tersebut. Di Amerika Syarikat, di sekolah-sekolah telah ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan. Sistem Krono Sistem krono merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang pelajar. Contohnya, pelajar pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama dilalui. Mereka adalah generasi pertama mengalami jagaan harian di taman asuhan kanak-kanak (taska) atau diasuh di rumah orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah. Mereka adalah generasi pertama yang hidup dalam buih elektronik (electronic bubble) yang dicirikan oleh komputer dan bentuk baru media, generasi “post-sexual-revolution” dan generasi yang dibesarkan dalam kawasan perbandaran yang tersebar (dispersed, deconcentrated cities). Anda mungkin juga meminati: TEORI PEMBELAJARAN 1. MURID DAN ALAM BELAJAR TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

Kemahiran Interpersonal

Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan sosial murid tersebut. Menurut Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Hubungan sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Kecerdasan interpersonal dimiliki juga penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya, seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin dan pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi nasihat.

Seseorang yang mempunyai kecedasan interpersonal mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat. Sebenarnya kecerdasan I terpersonal ini dapat dilatih melalui pergaulan antara individu yang berbeza umur, meminjamkan mainan dan berkerjasama dalam membuat sesuatu permainan. Menurut Gardner (1983), kebiasaanya kita hanya akan melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini di dalam situasi vokasional. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan interpersonal adalah seperti guru-guru, pakar terapi, ahli politik, pemimpin organisasi dan lain-lain.

Kemahiran Intrapersonal

KECERDASAN INTRAPERSONAL
Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup.

Seterusnya, terdapat beberapa aktiviti yang boleh melatih kecerdasan interpersonal antaranya ialah dengan menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita, dan mengarang cerita. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian,ahli falsafah, juru meditasi, ahli psikologi dan lain-lain.

Persediaan untuk Pentaksiran

Peperiksaan- akhir setiap semester
-Tugasan Kerja kursus dalam semester iaitu antara 2 hingga 6 minggu mengikut jenis kursus
-Pratikum
-Bina Insan Guru
-Aktiviti Kokurikulum
-Intership


Tugasan individu dan berkumpulan

> dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus subjek. Penilaian dilakukan dalam 3 aspek
Penulisan esei
persembahan
penulisan refleksi.

Jenis-jenis Pentaksiran

JENIS- JENIS PENTAKSIRAN —  Pentaksiran Autentik —  Pentaksiran Hasil Pembelajaran —  Pentasiran Performed Based PENTAKSIRAN  AUTENTIK Pentaksiran autentik bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Ciri- ciri pentaksiran autentik Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang  dilaksanakan. b) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya. c) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi. d) Subjek membina maksud yang tersirat. e) Berpusatkan kanak-kanak. CONTOH- CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIK -Persembahan tarian -Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya -Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show   (   pertunjukan Seni) - Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio KEBAIKAN KEPADA PELAJAR Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. Menangani teknologi dan berfikir sistematik. KEBAIKAN KEPADA GURU Menjadi indikator yang komprehensif mengenai kemampuanpelajar dan seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan