Sunday, September 25, 2016

Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri


A. Model Gaya Pembelajaran  VARK ( Visual, Aural, Reading- Writting, Kinesthetic Learning)

Model VARK diasaskan oleh Neil Fleming pada tahun 2001 (Allen, Scheve & Nieter, 2011). Model ini menerangkan empat  gaya pembelajaran berasaskan perbezaan individu iaitu

Visual- Pelajar belajar melalui penglihatan iaitu seperti menggunakan carta, poster, grafik dan penggunaan multimedia dalam aktiviti P&P.

Audio- Pelajar belajar melalui pendengaran iaitu seperti kuliah, penerangan

Bacaan--- Menulis semula nota, membuat nota, menghafal, nota,menerangkan semula gambar atau model menggunakan perkataan sendiri dalam bentuk Powerpoint.

Kinestetik---  Belajar melalui pengalaman dan penglibatan melakukan aktiviti  pembelajaran iaitu seperti  menggunakan kaedah hands on melalui eksperimen, pembelajaran luar bilik darjah, menggunakan gambar rajah dan foto untuk menerangkan idea  kerja lapangan dan sebagainya.
B. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn


Persekitaran-- Cahaya, Bunyi, Suhu, dan Pola Kelas
Emosi-- Motivasi , Tanggungjawab, Berstruktur dan Ketabahan
Sosiologi--- Sendiri, Pasangan, kumpulan, gabungan pelbagai cara
Fisiologi--- Global atau analitik, otak kiri atau kanan  bertindak secara spontan berfikir sebelum bertindak.

No comments:

Post a Comment