Thursday, September 29, 2016

Menganalisis Maklumat yang Dikumpul

DEFINISI
-Satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan.
-Mempunyai lebih daripada tiga data untuk dianalisis.
-Data kualitatif dan kuantitatif dipersembahkan secara grafik untuk membantu memudahkan proses analisis.
-maklumat yang telah disusun atau diproses perlu dianalisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat.
-Analisis perlu dibuat dengan terperinci, objektif, dan gigih.
-Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis semasa menganalisis data supaya kesimpulan yang akan dibuat mempunyai ketepatan yang ting

Tujuan
-Untuk meningkatkan pemahaman
-Menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui
-Menghubungkaitkan fakta
-Mengsintesis data
-Membandingkan fakta
-Membaca yang tersirat
-Membuat kesimpulan

KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS

-Menganalisis Idea
-Menganalisis Hujah

(A) Menganalisis Idea
-Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara:
-Mengelas
-Membanding dan membeza
-Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
-Membuat urutan

(B) Menganalisis Hujah
-Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang mengkomunikasikan idea.
-Mencari sebab dan kesimpulan
-Mengusul periksa andaian
-Membuat urutan
-Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan criteria yang bermakna.
-Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organism, idea, atau institusi.

Jenis-jenis urutan

Urutan abjad - cth : Senarai nama
Urutan masa - cth : Kesultanan Melaka
Analisis operasi - cth : Prosedur membuat kerja kursus berportfolio
Rangkaian sebab - cth : Kepupusan Dinosaur
Kitar - cth : Kitar Oksigen
Pangkatan - cth : Rancangan kerja mengikut keutamaan

Kesimpulan

Analisis dan penjelasan idea dapat menyebabkan pemahaman yang lebih mendalam. Walaupun pemahaman secara tersendiri bukan merupakan pemikiran yang baik, tetapi pemahaman amat diperlukan untuk membantu pemahaman yang mahir.

No comments:

Post a Comment