Thursday, September 29, 2016

Alat Berfikir CoRT

TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

TEKNIK SOKRATIK
Pengertian:
• Mengambil sempena nama ahli falsafah Greek, Socrates (470 – 399 SM).
• Mengutamakan penyoalan.
• Bertujuan untuk meningkatkan taraf pemikiran pelajar secara logik dari yang belum diketahui kepada yang diketahui.
• Taraf pemikiran yang boleh dicapai bergantung kepada jenis soalan yang ditanya ; peringkat rendah  peringkat tinggi.

Jenis-jenis Soalan
1. Peringatan
• Sangat popular
• Pelajar tidak dikehendaki menggunakan daya pemikiran
• Tentang perkara-perkara dan orang dalam Sejarah
Cth. Siapakah pelukis potret ‘Mona Lisa’
Bilakah Perjanjian Pangkor ditandatangani?
2. Pemikiran
• Memerlukan penjelasan atau sebab-sebab
• Pelajar mencari maklumat dan membuat hubungan dalam pemikiran mereka di antara beberapa faktor
• Mencari perhubungan sebab dan kesan

Cth: Apakah faktor-faktor yang telah mencetuskan Revolusi
Perancis?
Mengapakah Inggeris campur tangan di Tanah
Melayu?

3. Pertimbangan
• Pelajar dapat dilatih dalam kemahiran Sejarah
• Pelajar digalakkan membuat keputusan sendiri terhadap tiap-tiap kejadian
• Pelajar tidak semestinya menerima sebagai benar keterangan dan pendapat guru atau pengarang buku.

Contoh: Adakah benar penjajahan Jepun tidak membawa sebarang kebaikan kepada Tanah Melayu?
Adakah benar imperialisme Barat telah memberi manfaat kepada masyarakat setempat?

SOALAN BERCAPAH                    
  • Aras tinggi
  • Jawapan atau respons luas
  • Bersifat terbuka
  • Lebih bersifat subjektif
  • Sesuai menguji penaakulan dan pentaksiran
SOALAN BERTUMPU
  • Aras rendah
  • Jawapan atau respons terhad
  • Bentuk tertutup
  • Sesuai menguji daya ingatan
  • Lebih bersifat objektif
LINGKARAN SOALAN

  • Soalan jenis ini telah diperkenalakanoleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan   di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.
  • Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus Perkara (P), Individu (I), Luar Individu (LI)

Singkatan “ Cognitive Research Trust”
Menggalakkan individu berfikir secara meluas


ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT I.
PMI: plus, minus, interesting
 PMI adalah satu cara bagaimana kita melihat sesuatu idea, cadangan atau saranan yang dikemukakan.  
PMI membantu kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea.
PMI Memperluaskan pandangan dan mengelakkan pemikiran sempit dan beremosi.
CAF: consider all factors
Membuat pilihan atau membuat keputusan  dengan mengambilkira semua faktor.
Sekiranya tidak mengambilkira faktor lain mungkin keputusan itu betul pada masa kini tetapi salah kemudiannya.
Mengambilkira semua faktor-faktor lain apabila sesuatu idea dikemukakan.
C&S: consequences & sequel
lMemikirkan sesuatu dengan mengambilkira kesannya untuk dipertimbangkan.
Kesan serta merta
Kesan jangka Pendek (1-5 tahun)
Kesan Jangka Sederhana (5-25 tahun)
Kesan Jangka Panjang ( Melebihi 25 tahun )
AGO:aims goals, objectives
Setiap yang berlaku ada sebab-sebabnya, sendiri, ikut orang lain atau semua orang melakukannya. Tapi kadangkala berlaku bukan kerana sebab-sebab tetapi kerana ingin mencapai hajat tertentu.
Kalau kita taju apa yang ingin dicapai, ini akan dapat membantu kita dan dapat membantu kita memahami fikiran orang lain terhadap objektif masing-masing.
Menentukan objektif sesuatu usaha akan menolong kita membuat keputusan tertentu dan merancang tindakan yang akan diambil.
FIP: first, important, priority
Sesetengah perkara mungkin Faktor, Objektif, dan akibat mungkin lebih penting daripada yang lain.
Dalam memikirkan sesuatu situasi, setelah anda mendapat idea, anda pasti menentukan idea mana yang lebih penting, supaya dapat berbuat sesuatu  tentangnya.
Setelah melakukan PMI, CAF, AGO, C & S anda boleh gunakan FIP untuk memilih butir-butir yang paling penting dan diberi keutamaan diselesaikan dulu.
APC: alternatives, possibilities, choices
Pada peringkat awal mungkin tidak banyak pilihan sesuatu keputusan diambil namun kalau mencarinya lebih banyak  yang dijangka.
Begitu juga dalam melihat sesuatu keadaan ,biasanya akan dapat penerangan yang ketara. Jika berusaha mencari dengan lebih banyak  kemungkinan terdapat penerangan yang beluam anda etahui sebelum ini.
OPV: other people’s views
Banyak situasi berfikir melibatkan ramai orang, Apa yang difikirkan mereka aspek faktor, akibat yang mungkin timbul, objektif dll. Mungkin mereka mempunyai pandangan berbeza walaupun situasi yang dihadapi adalah sama.
Setengahnya pertimbangkan faktor (CAF), ada kaji akibatnya(C & S), objektif ( AGO), ada keperluan mustahak sahaja (FIP)
 SEBENARNYA APA YANG DIKIRKAN SAMA DENGAN APA YANG DIFIKIRKAN ORANG LAIN- CUMA PANDANGAN YANG BERBEZA


ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT IV
input rawak
mengasingkan kelemahan
mentakrifkan masalah
penilaian
menentukan keperluan
kombinasi
idea dominan

mencabar konsep

No comments:

Post a Comment