ASAS PELAYARAN INTERNET
1. Menggunakan pelayar internet dan enjin carian
· Mencari maklumat yang dikehendaki pengguna dari internet
o Pengguna boleh mencari maklumat di laman pelbagai laman web.
· Berfungsi penanda buku (bookmarks) dan kegemaran (favourite)
o Favourite adalah cara yang mudah untuk menyusun dan mendapat pautan ke laman web yang kerap di lawati.
o Jika pengguna menggunakan 2 enjin pencarian,ia boleh memindahkan favourite dan bookmarks dengan menigmport.
§ Untuk mengimport atau mengeksport Klik import dan eksport pada menu file
§ Favourite yang dieksport dalam bentuk HTML
§ File favourite yang di eksport adlah agak kecil
· Menggunakan pilihan internet
o Beberapa Browser membolehkan pengguna untuk menukar tetapan menggunakan internet option.
o Antara ciri-ciri berikut ialah:
§ Pengguna boleh menentukan laman web yang pertam diakses apabila memulakan browser
§ Padam fail internet
§ Gunakan penasihat kandungan (content advisor) untuk menyekat akses bahan yang boleh dibantah
§ Manatapkan tahap keselamatan
§ Menetukan program mana yang boleh digunakan
2. Privasi dan keselamatan
· Memahami ciri-ciri keselamatan dan privasi
o Browser internet meyediakan beberapa ciri yang membantu untuk melindungi privasi pengguna.
o Ciri-ciri privasi memebenarkan pengguna melindungi maklumat peribadi
o Ciri-ciri privasi pelayar termasuk:
§ Tetapan privasi
§ Amaran privasi
§ Keupayaan untuk melihat polisi privasi p3p sesebuah laman web.
o Ia dapat membantu untuk menghalang orang ramai daripada mendapat akses maklumat yang telah dihalang (block).
o Ciri keselamatan dalam beberapa browser internet termasuk:
§ Sijil menyatakan keselamatan laman web
§ Sambungan selamat 128-bit
§ Gunakan zon keselamatan
· Perkongsian maklumat peribadi yang selamat
o Terdapat browser yang boleh menyelamatkan pengguna daripada perlu memasukkan maklumat yang sama.
o Apabila sebuah lamn meminta maklumat , permintaan akan memberitahu pengguna:
§ Alamat laman internet
§ Apakah maklumat yang diminta
§ Bagaimana maklumat itu digunakan
§ Sama ada laman web mempunyai sambungan selamat.
· Memahami cookies
o Laman web internet menggunakan fail kecil yang dikenali sebagai cookies untuk keutamaan pengguna.
o Cookies adalah fail yang dicipta unutk menyimpan data ke dalam computer pengguna.
o Cookies juga boleh menyimpan maklumat peribadi.
o Terdapat beberapa jenis cookies antaranya:
§ Persistent cookies
§ Session cookies
§ Firt-party cookies
§ Third-party cookies
§ Unsatisfactory cookies
· Melindungi computer dari perisian yang tidak selamat
o Apabila memuat turun atau menjalankan program-program dari internet, pengguna ingin tahu bahawa program ini datang dari sumber yang diketahui.
o Pengguna boleh menetukan tetapan yang berlainan unutk browser internet memuat turun program
· Menggunakan penasihat kandungan (content advistor) untuk mengawal akses
o Internet menyediakan akses yang unik pelbagai jenis maklumat. Walaupun beberapa maklumat mungkin tidak sesuai unutk setiap pengguna.
o Penasihat kandungan menyediakan satu cara untuk membantu mengawal jenis-jenis kandungan yang boleh diakses.
o Dengan penasihat kandungan, pengguna boleh:
§ Mengawal akses kepada tetapan penasihat kandungan.
§ Melihat dan meyelaraskan tetapan penilaian.
§ Menyesuaikan apa jenis kandungan yang boleh dilihat.
§ Menyediakan satu senarai laman web yang orang lain tidak boleh lihat.
§ Menyedikan satu senarai laman web yang sentiasa boleh dilihat.
§ Melihat dan menukar penilaian sistem
CARA UNTUK MELINDUNGI JEJAK DALAM INTERNET
Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk menetapkan ciri keselamatan ketika menggunakan internet seperti mengenkrip e-mel, menutup perkongsian fail dan memasang firewall. Kesemua ini boleh mengagalkan sebarang percubaan untuk menyeludup masuk ke maklumat peribadi anda menerusi internet. Biasanya penceroboh melakukannya untuk cuba mendapatkan capaian lain kepada komputer yang dirangkaikan kepada anda. Anda boleh membuang sebarang pelayaran web anda bagi menyusahkan orang lain mengetahui di mana anda pernah pergi dalam internet.
Anda boleh sembunyikan PC anda dan anda juga tidak mahu orang lain mengetahui kepada anda pernah berlayar dalam internet. Sebabnya ialah untuk mengelakkan rahsia anda terbongkar contohnya rancangan percutian bersama keluarga. Atau anda juga sedang menyimpan maklumat penting syarikat yang ditugaskan kepada anda.
Berikut adalah beberapa petua untuk Internet Explorer 5.5, anda akan dapati beberapa persamaan dengan Netscape, Opera, atau versi IE yang lain. Tetapi pelayaran ini tidak boleh mengelakkan anda daripada dikesan oleh ISP anda seperti Jaring atau TMNet.
Jangan Senarai Diri Anda
Setelah anda melayari internet anda dan jika anda akan meninggalkan PC anda buat sementara pastikan yang anda telah memutuskan pelayar web anda dengan sejarah pelayaran anda tadi. Senarai History IE adalah senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Ia merupakan satu kaedah mudah untuk mendapatkan semula laman web yang pernah anda lawati tanpa menggunakan Favorites. Anda boleh mendapatkan laman-laman yang anda lawati sebelum ini menerusi Address Bar dan History akan menyenaraikan URL yang pernah anda lawati.
Fail History merupakan sebuah senjata serampang dua mata. Klik Tools, Internet Options, dan Clear History untuk membuangkan segala senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Cara ini juga akan membuang senarai URL pada Address Bar. Anda boleh menukar jumlah hari atau jangkamasa URL boleh disimpan dalam History. Kurangkan jumlah hari untuk memendekkan jangka hayat URL dan tingkatkan jumlah hari untuk memanjangkan jangka hayat URL.
Drives. Klik Find Now. Anda akan dapat mencari fail History file dalam C:\WINDOWS\HISTORY. Membuang bahagian tertentu dalam folder ini idak akan membuangkan sebarang maklumat yang terdapat pada Address Bar.
Satu lagi cara yang baik ialah untuk membuangkan cache IE atau fail Temporary Internet. IE dan pelayar web lain akan menyimpan salinan laman, foto dan grafik dalam folder berikut C:\WINDOWS\TEMPORARY INTERNET FILES semasa anda layari web. Jika anda tidak ia akan menyalin semua kandungan laman-laman web yang pernah anda kunjungi atau setiap kali anda kungjungi. Pada Internet Options General tab, klik Delete Files dan OK.
Bersihkan Jejak Anda
Kebanyakan laman web meletakkan fail kecil yang dinamakan cookies ke dalam PC anda. Cookies biasanya membantu laman web untuk mengingati anda dan sebarang spesifikasi peribadi anda semasa anda melayari laman web tertentu. Sesiapa sahaja boleh mencari sebarang maklumat atau sejarah pelayaran web anda jika mereka pergi ke C:\WINDOWS\COOKIES atau C:\WINDOWS\TEMPORARY INTERNET FILES.
Anda boleh membuang sebarang cookies daripada folder anda satu-persatu. Cara yang mudah adalah untuk menutup ruang untuk cookies semasa anda melayari web. Pada Internet Options, pilih Security dan Custom Level, pergi ke Cookies dan klik Disable pada semua yang berkaitan dengan cookies.
Petua-petua ini adalah untuk pengguna di rumah sahaja. Jika anda menggunakan komputer di pejabat pastikan yang rangkaian anda telah mempunyai polisi rangkaian yang baik. Kini dengan pelbagai ancaman daripada dunia luar seperti internet, syarikat hendaklah pastikan bahawa rangkaian mereka selamat dan tidak bervirus!
Sumber Maklumat: Majalah PC
Jika anda mahu membaca fail History, klik Start, Find dan Files Or Folders. Taipkan History dalam medan Named. Dalam Look In, klik Local Hard
No comments:
Post a Comment