Sunday, September 25, 2016

Pengenalan dan Konsep PAK

Pembelajaran akses kendiri adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran. Pembelajaran akses kendiri adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.
Selain daripada itu, PAK juga lebih dikenali sebagai satu pendekatan lain iaitu kaedah pembelajaran dan pengajaran yang lebih tertumpu kepada para pelajar. Program pembelajaran akses kendiri adalah dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Pengawasan dan bimbingan guru merupakan akses bagi pelajar belajar secara berdikari. Pembelajaran akses kendiri melatih murid belajar untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif. Pendekatan ini berasaskan persepsi bahawa hanya murid itu sendiri boleh melakukannya secara optimum. Adalah sangat penting murid menentukan strategi pembelajaran terbaik yang seusia dengan dirinya.

Pembelajaran akses kendiri juga memerlukan persekitaran pembelajaran yang kondusif selain daripada ciri-ciri lain seperti gaya pembelajaran, minat, dan keperluankeperluan lain. Oleh yang demikian, ia dapat memberi motivasi kepada pelajar supaya lebih berdikari dan menjurus kepada sikap kendiri. Bagi mendapatkan maklum balas mengenai pencapaian dan kemajuan mereka, program pembelajaran akses kendiri menyediakan pentaksiran kendiri. Ini akan melahirkan individu yang boleh berfikir dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.



Penubuhan dan Fungsi PAK
Pembelajaran akses kendiri merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari . PAK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada murid. Murid dapat belajar sendiri dengan menggunakan akses di bawah pengawasan dan bimbingan guru.
Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing-masing. PAK menghasilkan murid yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka, Pendekatan ini memberi kebebasan kepada murid memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut keperluan, minat, tahap serta gaya masing-masing. Proses pembelajaran ini dapat memotivasikan murid ke arah sikap kendiri. PAK ditubuhkan adalah bertujuan untuk melatih para pelajar untuk lebih berdikari serta berfikir secara kritis dan kreatif. PAK juga berfungsi untuk mewujudkan pelajar yang berautonomi dan bertanggungjawab. Fungsi-fungsi lain PAK adalah:
1. Bertanggungjawab dan mempunyai hak autonomi ke atas pembelajaran sendiri.
2. Menjadikan proses pembelajaran lebih efisyen, fleksibel dan selesa di samping
mengambilkira material dan kaedah yang sesuai mengikut kebolehan yang diperolehi.
3. Memastikan pemilihan material dan aktiviti pembelajaran dilakukan secara meluas dan teratur.
4. Menyediakan kemudahan bantuan fasilitator dan material PAK untuk diakses.
5. Pelajar mempunyai kemudahan belajar secara berkumpulan dan bersendirian.
6. Membantu murid menilai prestasi masing-masing serta membolehkan proses
pembelajaran mengikut tahap kemampuan tersendiri.
7. Membantu pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif semasa proses pembelajaran.


Bahan-bahan PAK
Prinsip pembelajaran akses kendiri menekankan kepada empat domain pembelajaran iaitu:
1. “Self-Directed” / Akses kendiri
2. “Self-Access” / Akses kendiri
3. “Self-Asses” / Kadar kendiri
4. “Self-Paced” / Langkah kendiri
Self Directed adalah pembelajaran terarah kendiri di mana pelajar akan menentukan sendiri tajuk dalam sesuatu bidang yang ingin dipelajari.
Self Access adalah pembelajaran akses kendiri di mana pelajar mencari dan mendapatkan maklumat mengenai tajuk yang ingin dipelajari daripada pelbagai sumber bukan guru. Buku rujukan, majalah, CD-ROM atau internet digunakan untuk mendapatkan maklumat.
Self Assessed adalah pembelajaran kadar sendiri di mana pelajar membuat penilaian atau penaksiran sendiri mengenai tajuk yang dipelajarinya, adakah dikuasai atau tidak. Seandainya pelajar tersebut telah menguasai tajuk tersebut maka pelajar itu akan beralih ke tajuk lain.
Manakala Self Paced adalah pembelajaran langkah demi langkah mengikut kadar sendiri. Pembelajaran ini memberi ruang kepada pelajar untuk memantau progress pembelajaran diri (KPM, 1997).
(a) Pembelajaran Secara Individu
Proses pembelajaran yang berkaitan kepentingan individu terhadap pembelajaran
(b) Pembelajaran Arah
Kendiri Proses pembelajaran yang memerlukan tanggungjawab pelajar untuk belajar
sesuatu pelajaran dan berkeupayaan untuk memahami sendiri.
(c) Pembelajaran Sendiri
Proses pembelajaran yang memerlukan pelajar bertanggungjawab sepenuhnya
tentang pelajaran mereka dan menentukan sendiri apa yang berkaitan dengan pembelajaran mereka. Mereka juga turut menentukan apa yang ingin dipelajari.
(d) Penetapan Pembelajaran
Proses pembelajaran di mana pelajar pembelajaran langkah demi langkah mengikut
kadar sendiri.

1 comment:

  1. Boleh tanya nama sebenar ..mau masukkan dalam bibliografi kajian ..harap sudi membantu

    ReplyDelete