Menurut Pintrich (1995), pembelajaran regulasi kendiri bermaksud pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran .
Pembelajaran regulasi kendiri boleh dilihat sebagai usaha pembelajaran yang dilakukan oleh seseorang pelajar tanpa ada bimbangan terus daripada guru dengan menilai keadaan dalaman, naluri dan sumber yang wujud dalam dirinya iaitu kawalan kendiri, kebolehpercayaan , bertanggungjawab, kebolehubahsuaian dan inovatif.
Pembelajaran regulasi kendiri berpusatkan pelajar di ana pelajar membina keyakinan diri dalam pembelajaran, membuat penilaian ke atas diri sendiri serta pembelajaran yang telah diperoleh.
Pembelajaran regulasi kendiri mampu meningkatkan pencapaian dalam akademik, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan memberikan penghargaan intrinstik.
No comments:
Post a Comment