Sunday, September 25, 2016

Penetapan Matlamat Diri dan Akademik








Penetapan matlamat ialah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai kerana ia sama penting seperti kemahiran membaca, menulis dan mengira, iaitu kemahiran asas yang diperkenalkan sejak kecil lagi. Malah jika diamati betul-betul, kita boleh menggunakan untuk menguasai apa juga kemahiran lain dan juga merealiasasikan impian, hanya dengan penetapan matlamat yang betul. Penetapan metlamat jangka panjang dan jangka pendek yang jelas membolehkan anda untuk mengukur tahap kemajuan anda dan mencapai kepuasan peribadi apabila anda telah berjaya mencapai matlamat anda kelak. Penetapan matlamat diri dan akademik boleh dilakukan dengan menggunakan panduan SMART.

SMART digunakan untuk membantu individu untuk bagi menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang pengajian dan sepenuh hayat.Tiada gunanya mempunyai matlamat jika ia kabur dan mustahil.

SMART
S ---  Spesifik
M--- Measurable
A--- Attainable
R--- Realistik
T---- Timely
                                ( O'Neill & Conzemius,2006)

S= Spesifk bermaksud seseorang individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan menjawab kesemua soalan siapa, apa, di mana, bila, bagaimana, kenapa.
M= Matlamat yang ditetapkan mesti boleh diukur .
A= Pencapaian yang realistik iaitu boleh diperoleh oleh diri individu berkenaan
R= Matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat
T= Matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan.

No comments:

Post a Comment