Friday, September 30, 2016
Jenis-jenis Pentaksiran
JENIS- JENIS PENTAKSIRAN — Pentaksiran Autentik — Pentaksiran Hasil Pembelajaran — Pentasiran Performed Based PENTAKSIRAN AUTENTIK Pentaksiran autentik bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Ciri- ciri pentaksiran autentik Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan. b) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya. c) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi. d) Subjek membina maksud yang tersirat. e) Berpusatkan kanak-kanak. CONTOH- CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIK -Persembahan tarian -Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya -Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni) - Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio KEBAIKAN KEPADA PELAJAR Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. Menangani teknologi dan berfikir sistematik. KEBAIKAN KEPADA GURU Menjadi indikator yang komprehensif mengenai kemampuanpelajar dan seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment