Sistem Pengurusan Pembelajaran atau LMS mampu memberi impak kepada asas aktiviti institusi pendidikan. LMS juga memainkan peranan di dalam latihan dan pengukur kemahiran perniagaan. Ia perlu diselarikan dengan prosedur standard untuk semua aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuk menangani isu-isu dasar yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini.
Hasilnya terhadap pilihan LMS sama ada komersial atau Sumber Terbuka, telah menggabungkan semua isu ini di dalam pelaksanaannya. LMS biasanya menawarkan pelbagai alatan untuk menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru.
Moodle merupakan salah satu perisian yang dilihat mempunyai nilai yang tinggi dan paling tinggi penggunaannya di dalam komuniti pendidikan, khususnya pendidikan tinggi dan universiti.
Kelebihan utama perisian Sumber Terbuka ialah kos pelesenannya dihapuskan tidak seperti LMS yang komersil. Faktor penting yang kedua ialah perisian Sumber Terbuka mempunyai fungsi yang boleh disesuaikan dan diubah untuk memenuhi keperluan pengguna. Di samping itu, sokongan bantuan terhadap Sumber Terbuka adalah amat kuat.
Moodle semakin mendapat populariti di kalangan universiti dunia dan sama ada yang sedang digunakan atau telah lama digunakan di beberapa universiti dunia. Kebanyakan laman web universiti-universiti UK telah mendedahkan penggunaan penuh mereka terhadap Moodle termasuklah Kent,Essex, Bath, Birmingham, Glasgow,Open University and City of Dublin. Universiti yang paling besar menggunakan Moodle ialah Open University, universiti yang menawarkan pembelajaran jarak jauh terbesar di dunia.
Terdapat beberapa laman web universiti di Amerika Syarikat seperti, Minnesota, University of California, New Mexico dan Louisiana State University (LSU) mempamerkan penggunaan Moodle secara separa atau penuh.
LMS perlulah kuat untuk menampung keperluan yang pelbagai bagi beribu-ribu pelajar, pentadbir, pembina kandungan dan pengajar secara serentak.
- Moodle menyediakan antara muka berasaskan web yang sentiasa ada, yang membolehkan pelajar, tutor dan pentadbir secara rutin untuk log masuk dan menjalankan tugas-tugas harian mereka.
No comments:
Post a Comment