Friday, September 30, 2016

Kemahiran Intrapersonal

KECERDASAN INTRAPERSONAL
Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup.

Seterusnya, terdapat beberapa aktiviti yang boleh melatih kecerdasan interpersonal antaranya ialah dengan menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita, dan mengarang cerita. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian,ahli falsafah, juru meditasi, ahli psikologi dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment