Thursday, September 29, 2016

Alat-Alat Berfikir Dalam Membuat Nota

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep , peta cerita dan alat pengurusan kognitif.  Ia merupakan alat komunikasi yang menggunakan simbol-simbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka.  Tujuan utama alat pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir

Apa itu peta minda ?
  • Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu.
  • Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepada yang tersurat
  • Peranan penting dalam peta minda ialah : merangka, mencatat, merekod maklumat dan membuat suatu persembahan
Berikut merupakan beberapa contoh untuk membuat peta minda


Peta Minda Jenis Tulang Ikan


Peta Minda Jenis Cabang

Peta Minda Jenis Kitaran


Carta Minda Jenis Carta Alir

Peta Minda Jenis Pokok


Garis panduan membina peta minda:

1) Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea
2) Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau
     penerangan tentang tajuk
3) Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu
4) Gunakan kata kunci, gambar, imej tiga matra atau simbol
5) Tuliskan kata penghubung di atas garisan
6) Jadikan corak yang manarik
7) Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan.
8) Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi supaya lebih cantik

9) Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda yang lebih asli

No comments:

Post a Comment