Friday, September 30, 2016

Menilai maklumat

Dalam penilaian maklumat, pelajar harus tahu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan.  Membuat penilaian dalam penulisan adalah membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap. Setelah semua maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif dianalisis dan ditafsirkan, kesimpulan dibuat berdasarkan hasil analisis dan tafsiran yang telah dilakukan. Akhirnya, maklumat berkenaan akan melalui proses penilaian. Menilai maklumat merupakan pandangan dan idea penulis terhadap kesimpulan yang diperoleh berdasarkan pembacaan lepas berkaitan isu yang dibincangkan. Penilaian menjadi lebih manta papa bila penulis mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam berkaitan isu yang dibincangkan.Terdapat dua perkara yang penting untuk menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan. Maklumat dalam penulisan dilakukan dengan membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan sebab-sebab yang kukuh. Kesimpulan dibuat berdsarkan hasil analisis dan tafsiran yang dibuat.
        Penilaian juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan berdasarkan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai keberkesanan maklumat tersebut. Antaranya ialah :
a)    Autoriti – kebolehpercayaan sesuatu maklumat
b)    Ketepatan – maklumat yang benar memberi manfaat kepada pembaca
c)    Saksama – bersifat adil dan neutral
d)    Nilai semasa – maklumat terkini
e)    Lengkap dan jelas – memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu

MENILAI MAKLUMAT
Definisi
1. Membuat pertimbangan mengenai :
  • nilai
  • idea
  • kerja
  • penyelesaian
  • kaedah
  • bahan
untuk tujuan tertentu.

2. melibatkan penggunaan kriteria dan juga 'standard-standard' untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara itu tepat, berkesan danmemuaskan.

Kriteria menilai maklumat
  • Autoriti
  • Ketepatan maklumat
  • Saksama
  • Nilai semasa
  • Lengkap dan jelas
Ciri-ciri maklumat yang baik
  • Tepat
  • Cepat
  • Lengkap
  • Ringkas
  • Berkaitan

1 comment:

  1. Tanya and Tanya Wedding Band for Men: The Definitive Guide
    With Tanya and titanium suppressor Tanya, the ultimate microtouch titanium trim wedding venue in titanium bikes Nevada, Tanya, in Tanya, was a perfect wedding titanium engagement rings venue for titanium nitride bolt carrier group many

    ReplyDelete