Sunday, September 25, 2016

Persekitaran Pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG)

IPG iaitu singkatan kepada Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru. Bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Khusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Khusus Dalam Cuti (KDC), Khusus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Khusus Pendek Kelolaan Institut (KPKI).

Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian. Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG.

Persekitaran dan budaya pembelajaran di IPG adalah jauh berbeza dengan situasi yang dialami ketika berada di alam persekolahan. IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan dimensi budaya.

Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa.
Terdapat lapan kerja kursus untuk semester 1 yang perlu disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam jangka masa 4-6 minggu untuk kusus major dan bukan major di IPG. Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa.

Terdapat lapan kerja kursus untuk semester 1 yang perlu disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam jangka masa 4-6 minggu untuk kusus major dan bukan major di IPG. Bimbingan pensyarah semasa peaksanaan kerja kursus membantu pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran seperti berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan berkolaborasi. Pelajar IPG lebih berdikari sewaktu menyiapkan kerja kursus yang diberikan kerana pelajar lebih sedar bahawa markah kerja kursus berkenaan akan mempengaruhi keputusan akhir bagi subjek berkenaan.

Di IPG, pelajar perlu mempunyai kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, tesis, prosiding, artikel dan laporan. Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan memerlukan kemahiran mencari maklumat kerana terdapat banyak dan elbagai bahan serta maklumat di dalam pusat sumber dan perpustakaan. Pelajar perlu menganalisis maklumat yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam penulisan. Maklumat yang banyak memerlukan pelajar mempunyai kemahiran membaca yang cepat supaya dapat memilih maklumat tepat yang diperlukan. Pelajar juga harus memulakan penulisan mengikut kefahaman pembacaan yang telah dilakukan. Pelajar juga mesti mempunyai kemahiran menulis secara akademik supaya mampu menghasilakan bentuk penulisan yang menarik dan senang difahami. Pelajar IPG lebih banyak menggunakan kemudahan pusat sumber, perpustakaan dan internet bagi mendapatkan bahan pembelajaran amnakala di sekolah, pelajar lebih banyak bergantung kepada buku teks. Pelajar IPG perlu memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah tanpa bantuan buku teks. Kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di IPG. Pelajar IPG perlu meningkatkan dan mengembangkan potensi serta kebolehan diri sendiri melalui penglibatan dala pelbagai aktiviti dan melakukan penerokaan ilmu serta kemahiran.

No comments:

Post a Comment