Friday, September 30, 2016

Mensisntesis Maklumat Untuk Menghasilkan Bahan Bertulis

Proses mensintesis – peringkat menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan satu idea baru secara menyeluruh. Sintesis juga bermaksud menggabungkan dan menggubah idea. Mensintesis menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu.

Proses mensintesis – untuk menghasilkan bahan bertulis. Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi. Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu  secara menyeluruh. Selain itu, sintesis juga adalah menggabung idea, menggubahkan semula idea dan menyatukan idea. Mensistesis menjadikan data dalam bentuk baharu dan bersepadu.

Adalah kemahiran untuk :
  • mengolah
  • menjadikan data dalam bentuk baru
  • bersepadu
  • mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman baru
Proses :

  • menggabungkan idea
  • menggubal semula
  • menyatukan idea-idea

No comments:

Post a Comment