MS digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi.Selain itu,LMS turut digunakan di SPIN dan yahoogroups.Melalui SPIN,pelajar boleh mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui sambungan internet.Selain itu,melalui pangkalan Data-Link Web,membolehkan pengesanan pelajar dan computer,merekod dan dapat menganalisis prestasi pelajar.Di samping itu,LMS juga digunakan di yahoogroups melalui kursus komputer dalam pendidikan di Fakulti Pendidikan,UKM.Ia sebagai satu langkah ke arah pembelajaran secara maya.Para pelajar dan pensyarah yang menyertai kumpulan di dalam yahoogroups akan memperolehi info atau maklumat mengenai pembelajaran di sana serta mewujudkan komunikasi antara pelajar denagn pelajar lain,dan pensyarah secara maya.Selain itu,LMS turut digunakan di Pejabat,Makmal,Bilik Tutorial,dan di dalam kelas.Oleh itu,LMS digunakan dengan menyeluruh pada masa kini.
Siapa yang menggunakan LMS..
LMS digunakan oleh pelajar di sekolah,pelajar di institusi pengajian tinggi,guru, pensyarah,staf-staf pendidik,ahli peniagaan dan kerani di pejabat.Selain itu,LMS digunakan oleh industri yang dikawal selia (misalnya perkhidmatan kewangan dan biopharma) untuk latihan pematuhan.Selain itu,ia juga digunakan oleh institusi-institusi penyelidikan untuk meningkatkan dan menyokong pengajaran bilik darjah.Contohnya,di UKM,LMS yang digunakan adalah SPIN yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah.
Bagaimana LMS digunakan..
LMS digunakan untuk merancang e-Bahan,mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna.Selain itu,LMS harus dapat melakukan pekara-pekara berikut,antaranya adalah
· Memusatkan dan strategi pembelajaran
· Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan sendiri berpandu
· Memasang dan menyampaikan kandungan pembelajaran dengan cepat.
· Menggabungkan inisiatif latihan pada platform berasaskan web yang berskala.
· Mudah alih sokongan dan standart
· Menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
Selain itu,LMS di SPIN menggunakan sistem pengajaran dan pembelajaran interaktif yang memerlukan ID pelajar dan password yang sah bagi memasuki ke halaman SPIN.SPIN digunakan secara interaktif dan mempunyai fungsi yang pelbagai.
Kepentingan LMS adalah
Antara kepentingan LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif.Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.Melalui penggunaan LMS,pelajar juga berpeluang untuk berbincang dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.Selain itu,LMS dapat memberikan pelbagai kemudahan samaada untuk pelajar,pengurus kursus,tutor,pengurus pusat pembelajaran.
· Kelebihan LMS kepada pelajar adalah,dapat merancang pembelajaran,dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.
· Kelebihan LMS kepada pengurus pusat pembelajaran pula adalah,untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.
· Kelebihan LMS kepada pengurus kursus adalah,dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.
Senarai Open Source Software yang digunakan oleh LMS..
· Moodle
· Adope captive
· Adope photoshop
· LINUX
· DOS
· UNIX
No comments:
Post a Comment