Friday, September 30, 2016

Isu Gender dalam Kecemerlangan Akademik

ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
1.Perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelakidan perempuan dalam sistem akademik.
2.Keputusan  peperiksaan awam (UPSR, PMR, dan SPM)pada   tahun   1996-2000   menunjukan   pelajar   perempuanmemperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajarlelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran.
3.Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baikdalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta danperaturan yang jelas.
4.Pelajar   lelaki   lebih   cenderung   kepada   tugasanberbentuk   terbuka   yang   berkaitan   dengan   situasi   yangrealistik dan praktikal.
5.Berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan.

6.Faktor gender memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki.7.Bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan

Isu-isu perkongsian maklumat

Pengurusan ICT di sekolah ini tidak akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kita mengetahui cara-cara serta langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta semua maklumat yang penting yang dikendalikan. Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pada hari ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet samaada untuk diguna pakai dalam P&P atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. Salah satu aplikasi tersebut adalah seperti penggunaan blog, yang sedang saya diperaktikkan ini,dengan penggunaan blog kita bukan sahaja dapat berkongsi dalam penyampaian maklumat tersebut, malah kita juga dapat berhubung secara terus bersama individu-individu yang mnyalurkan maklumat tersebut. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. Inilah salah satu kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini.

Pelajar Sebagai ahli komuniti pembelajaran

KOMUNITI PEMBELAJARAN Definisi komuniti Secara keseluruhannya, komuniti menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat keseluruhannya. Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain. Secara rumusannya, komuniti bolehlah diertikan sebagai individu yang tinggal disesuatu tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda hidup dan benda bukan hidup yang lain. Definisi Pembelajaran Biasanya pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987). Pembelajaran tidak merujuk kepada perubahan akibat perkembangan seperti mengalami pertambahan ketinggian. Dalam mendefinisikan pembelajaran, Stalling (1973) telah menetapkan tiga kriteria penting iaitu : 1) Pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku. 2) Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. 3) Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. Mengikut apa yang dikatakan oleh Stalling ini, pembelajaran dikatakan berlaku sekiranya tingkahlaku seseorang individu itu berubah, melibatkan sesuatu pemikiran dan mengalami perubahan melalui pengalaman atau latihan.Pendapat yang diutarakan oleh Stalling ini dikukuhkan lagi dengan pendapat Woofolk (1998) yang mengatakan, ‘….. learning occurs when experience causes a relatively permanent change in an individual’s knowledge or behavior. The change may be deliberate or unintentional, for better or for worse’. Crow dan Crow (1983) pula menyifatkan pembelajaran merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap serta melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ini berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru. Manakala menurut Rahil Mahyuddin (2000), pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku yang melibatkan keterampilan kognitif; iaitu penguasaan ilmu dan penguasaan intelek. Sebagai rumusannya, pembelajaran berlaku apabila adanya perubahan tingkah laku yang kekal. Dalam proses pembelajaran, perubahan tingkahlaku adalah akibat mendapat kefahaman daripada maklumat baru, latihan, pengalaman, celik akal atau cuba jaya. Pembelajaran berlaku secara disedari atau tidak disedari dan merupakan proses yang berterusan yang berlaku sepanjang hayat. Konsep komuniti pembelajaran Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku. Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya. Teori Ekologi Bronfenbrenner (Komuniti Pembelajaran) Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang mana fokus utamanya ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya. Sistem Mikro Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu menghabiskan sebahagian besar masanya iaitu persekitaran yang paling hampir dengan individu. Situasi ini termasuklah bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada disekolah, atau kawasan setaman atau sekampung. Dalam sistem mikro, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Bagi Bronfenbrenner, pelajar atau individu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbal balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut. Sistem Meso Sistem meso melibatkan hubungan antara sistem mikro. Contohnya, menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman bersama rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam sistem mikro yang lain. Contohnya, seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan menghadapi masalah menjalin hubungan yang positif dengan gurunya. Sistem Ekso Sistem ekso adalah keadaan di mana pengalaman dalam sesuatu seting (di mana pelajar tidak aktif) mempengaruhi pengalaman pelajar dan guru dalam konteks yang langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam konteks Malaysia). Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkara-perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut. Sistem Makro Sistem makro melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal; termasuklah nilai dan adat resam masyarakat. Contohnya, ada budaya (seperti budaya Islam di Mesir dan Iran) sangat menegaskan peranan tradisi mengikut jantina. Dalam budaya lain (seperti di Amerika Syarikat), peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat diterima. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki atau lelaki memainkan peranan yang dominan dalam budaya tersebut. Di Amerika Syarikat, di sekolah-sekolah telah ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan. Sistem Krono Sistem krono merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang pelajar. Contohnya, pelajar pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama dilalui. Mereka adalah generasi pertama mengalami jagaan harian di taman asuhan kanak-kanak (taska) atau diasuh di rumah orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah. Mereka adalah generasi pertama yang hidup dalam buih elektronik (electronic bubble) yang dicirikan oleh komputer dan bentuk baru media, generasi “post-sexual-revolution” dan generasi yang dibesarkan dalam kawasan perbandaran yang tersebar (dispersed, deconcentrated cities). Anda mungkin juga meminati: TEORI PEMBELAJARAN 1. MURID DAN ALAM BELAJAR TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

Kemahiran Interpersonal

Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan sosial murid tersebut. Menurut Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Hubungan sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Kecerdasan interpersonal dimiliki juga penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya, seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin dan pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi nasihat.

Seseorang yang mempunyai kecedasan interpersonal mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat. Sebenarnya kecerdasan I terpersonal ini dapat dilatih melalui pergaulan antara individu yang berbeza umur, meminjamkan mainan dan berkerjasama dalam membuat sesuatu permainan. Menurut Gardner (1983), kebiasaanya kita hanya akan melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini di dalam situasi vokasional. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan interpersonal adalah seperti guru-guru, pakar terapi, ahli politik, pemimpin organisasi dan lain-lain.

Kemahiran Intrapersonal

KECERDASAN INTRAPERSONAL
Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup.

Seterusnya, terdapat beberapa aktiviti yang boleh melatih kecerdasan interpersonal antaranya ialah dengan menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita, dan mengarang cerita. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian,ahli falsafah, juru meditasi, ahli psikologi dan lain-lain.

Persediaan untuk Pentaksiran

Peperiksaan- akhir setiap semester
-Tugasan Kerja kursus dalam semester iaitu antara 2 hingga 6 minggu mengikut jenis kursus
-Pratikum
-Bina Insan Guru
-Aktiviti Kokurikulum
-Intership


Tugasan individu dan berkumpulan

> dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus subjek. Penilaian dilakukan dalam 3 aspek
Penulisan esei
persembahan
penulisan refleksi.

Jenis-jenis Pentaksiran

JENIS- JENIS PENTAKSIRAN —  Pentaksiran Autentik —  Pentaksiran Hasil Pembelajaran —  Pentasiran Performed Based PENTAKSIRAN  AUTENTIK Pentaksiran autentik bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Ciri- ciri pentaksiran autentik Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang  dilaksanakan. b) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya. c) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi. d) Subjek membina maksud yang tersirat. e) Berpusatkan kanak-kanak. CONTOH- CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIK -Persembahan tarian -Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya -Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show   (   pertunjukan Seni) - Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio KEBAIKAN KEPADA PELAJAR Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. Menangani teknologi dan berfikir sistematik. KEBAIKAN KEPADA GURU Menjadi indikator yang komprehensif mengenai kemampuanpelajar dan seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan

Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran

MS digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi.Selain itu,LMS turut digunakan di SPIN dan yahoogroups.Melalui SPIN,pelajar boleh mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui sambungan internet.Selain itu,melalui pangkalan Data-Link Web,membolehkan pengesanan pelajar dan computer,merekod dan dapat menganalisis prestasi pelajar.Di samping itu,LMS juga digunakan di yahoogroups melalui kursus komputer dalam pendidikan di Fakulti Pendidikan,UKM.Ia sebagai satu langkah ke arah pembelajaran  secara maya.Para pelajar dan pensyarah yang menyertai kumpulan di dalam yahoogroups akan memperolehi info atau maklumat mengenai pembelajaran di sana serta mewujudkan komunikasi antara pelajar denagn pelajar lain,dan pensyarah secara maya.Selain itu,LMS turut digunakan di Pejabat,Makmal,Bilik Tutorial,dan di dalam kelas.Oleh itu,LMS digunakan dengan menyeluruh pada masa kini.

Siapa yang menggunakan LMS..
LMS digunakan oleh pelajar di sekolah,pelajar di institusi pengajian tinggi,guru, pensyarah,staf-staf  pendidik,ahli peniagaan dan kerani di pejabat.Selain itu,LMS digunakan oleh industri yang dikawal selia (misalnya perkhidmatan kewangan dan biopharma) untuk latihan pematuhan.Selain itu,ia juga digunakan oleh institusi-institusi penyelidikan untuk meningkatkan dan menyokong pengajaran bilik darjah.Contohnya,di UKM,LMS yang digunakan adalah SPIN yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah.

Bagaimana LMS digunakan..
LMS digunakan untuk merancang e-Bahan,mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna.Selain itu,LMS harus dapat melakukan pekara-pekara berikut,antaranya adalah
·        Memusatkan dan strategi pembelajaran
·        Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan sendiri berpandu
·        Memasang dan menyampaikan kandungan pembelajaran dengan cepat.
·        Menggabungkan inisiatif latihan pada platform berasaskan web yang berskala.
·        Mudah alih sokongan dan standart
·        Menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
Selain itu,LMS di SPIN menggunakan sistem pengajaran dan pembelajaran interaktif yang memerlukan ID pelajar dan password yang sah bagi memasuki ke halaman SPIN.SPIN digunakan secara interaktif dan mempunyai fungsi yang pelbagai.
Kepentingan LMS adalah
Antara kepentingan LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif.Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.Melalui penggunaan LMS,pelajar juga berpeluang untuk berbincang dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.Selain itu,LMS dapat memberikan pelbagai kemudahan samaada untuk pelajar,pengurus kursus,tutor,pengurus pusat pembelajaran.
·        Kelebihan LMS kepada pelajar adalah,dapat merancang pembelajaran,dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.
·        Kelebihan LMS kepada pengurus pusat pembelajaran pula adalah,untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.
·        Kelebihan LMS kepada pengurus kursus adalah,dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.

Senarai Open Source Software yang digunakan oleh LMS..
·        Moodle
·        Adope captive
·        Adope photoshop
·        LINUX
·        DOS

·        UNIX

Kegunaan Sistem Pengurusan

Sistem Pengurusan Pembelajaran atau LMS mampu memberi impak kepada asas aktiviti institusi pendidikan. LMS juga memainkan peranan di dalam latihan dan pengukur kemahiran perniagaan. Ia perlu diselarikan dengan prosedur standard untuk semua aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuk menangani isu-isu dasar yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini.

Hasilnya terhadap pilihan LMS sama ada komersial atau Sumber Terbuka, telah menggabungkan semua isu ini di dalam pelaksanaannya. LMS biasanya menawarkan pelbagai alatan untuk menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru.

Moodle merupakan salah satu perisian yang dilihat mempunyai nilai yang tinggi dan paling tinggi penggunaannya di dalam komuniti pendidikan, khususnya pendidikan tinggi dan universiti.
Kelebihan utama perisian Sumber Terbuka ialah kos pelesenannya dihapuskan tidak seperti LMS yang komersil. Faktor penting yang kedua ialah perisian Sumber Terbuka mempunyai fungsi yang boleh disesuaikan dan diubah untuk memenuhi keperluan pengguna. Di samping itu, sokongan bantuan terhadap Sumber Terbuka adalah amat kuat.

Moodle semakin mendapat populariti di kalangan universiti dunia dan sama ada yang sedang digunakan atau telah lama digunakan di beberapa universiti dunia. Kebanyakan laman web universiti-universiti UK telah mendedahkan penggunaan penuh mereka terhadap Moodle termasuklah Kent,Essex, Bath, Birmingham, Glasgow,Open University and City of Dublin. Universiti yang paling besar menggunakan Moodle ialah Open University, universiti yang menawarkan pembelajaran jarak jauh terbesar di dunia.
Terdapat beberapa laman web universiti di Amerika Syarikat seperti, Minnesota, University of California, New Mexico dan Louisiana State University (LSU) mempamerkan penggunaan Moodle secara separa atau penuh.
LMS perlulah kuat untuk menampung keperluan yang pelbagai bagi beribu-ribu pelajar, pentadbir, pembina kandungan dan pengajar secara serentak.

  • Moodle menyediakan antara muka berasaskan web yang sentiasa ada, yang membolehkan pelajar, tutor dan pentadbir secara rutin untuk log masuk dan menjalankan tugas-tugas harian mereka.

Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPM)


Sistem Pengurusan Pembelajaran

Konsep dan Ciri-Ciri
Sistem pengurusan Pengajaran (SPP) merupakan satu sistem yang boleh mengurus aktiviti dan bahan pengajaran yang diperlukan. Secara khususnya, SPP merupakan perisian yang menyediakan kemudahan infrastruktur untuk merancang, menghantar dan menguruskan program e-Pembelajaran. SPP digunakan untuk menyampai, menjejak dan mengurus latihan.

SPP yang paling mudah ialah SPP yang digunakan bagi mengurus rekod latihan. Manakala SPP yang lebih kompleks ialah perisian yang digunakan bagi menyampaikan kursus melalui internet dan menawarkan kemudahan kolaborasi secara atas talian.

Mengikut American Society for Training & Development (ASTD, 2002), perisian SPP perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran

b. Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber

Manusia

c. Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran




Sehubungan itu, ciri-ciri utama dalam SPP ialah seperti berikut:

• Maklumat mata pelajaran

• Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat

• Kemudahan komunikasi

• Kemudahan penilaian

Kemudahan dalam SPP
SPP menyediakan kemudahan bagi menguruskan interaksi antara pelajar dengan tenaga pengajar melalui media komunikasi yang disediakan. Media komunikasi yang terkandung di dalam SPP antaranya ialah forum, papan buletin,e-mail dan chat room. Ianya merupakan media terbaik bagi tujuan komunikasi dalam e-pembelajaran

E-Learning Centre’s (eCLIPSE, 2002) telah mengenalpasti sepuluh modul yang diperlukan dalam perisian SPP. Modul-modul tersebut adalah seperti berikut:

a) Modul Pengurusan Kursus

b) Kemudahan animasi dan demonstrasi bahan pembelajaran atas-talian

c) Pengujian dan Penilaian interaktif atas-talian

d) Forum dan Diskusi

e) Perisian Perbincangan Berkumpulan (Groupware)

f) Modul mesyuarat atas-talian (Windows NetMeeting)

g) Kemudahan perkhidmatan komuniti atas-talian

h) Ruangan Chat

i) Modul bagi menjana pembelajaran secara kolaborasi

j) Modul mengesan aktiviti pembelajaran (Weblogging)

Terdapat beberapa modul SPP di atas yang telah digunakan dan diintegrasikan dalam laman web. Sebagai contoh ialah modul komuniti atas-talian yang mengandungi kemudahan forum, message board dan bilik chat.

SPP Online
Kebanyakan SPP adalah berasaskan web bagi memudahkan capaian terhadap maklumat berkaitan isi kandungan pembelajaran dan pentadbiran pada sebarang masa, tempat dan keupayaan pengguna.

Contoh aplikasi SPP ialah penyediaan pembelajaran atas talian (contohnya; latihan berasaskan komputer), pentaksiran atas talian, pengurusan pendidikan profesional, pembelajaran kolaboratif (contohnya: perkongsian aplikasi, perbincangan atas talian), pengurusan sumber latihan (contohnya: instruktor, kemudahan, kelengkapan) dan lain-lain lagi.

Landasan SPP
Senarai di bawah adalah sebahagian daripada landasan (platform) SPP yang ada.
Sumber terbuka:
• ATutor – Open Source Web-based Learning Content Management System

• Dokeos – eLearning and Course Management Web Application

• ILIAS – Open Source Learning Management System

• Moodle – Open Source Course Management System

Sistem tertutup:

• WebCT

• Blackboard

• eCollege

Perisian sumber terbuka (open source) boleh dimuat turun, diubahsuai dan diedarkan semula.

BLOG

Blog adalah bentuk Aplikasi Web. Pada dasarnya merupakan bagian dari situs website yang dapat diakses secara online yang memiliki fungsi utama memuat tulisan-tulisan dan gambar (dimuat dalam posting) pada setiap halaman web. Blog biasanya dikelola oleh pengguna tunggal (sebagian lainnya oleh beberapa penulis) dibuat sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.

Fungsi Blog

Fungsi blog pada dasarnya adalah sebagai media publikasi untuk menyalurkan ide atau catatan harian melalui tulisan-tulisan yang di muat dalam posting. Dalam perkembangan sekarang, blog bisa digunakan untuk menghasilkan uang melalui iklan yang terpasang di blog. Untuk dapat menghasilkan uang, tentu blog harus mempunyai pengunjung/visitor.

Sejarah Blog

Media Blog pertama kali dipopulerkan oleh blogger.com, dimiliki oleh perusahaan Pyra Labs yang disebarluaskan pada Agustus 1999. Karena kepopuleran tersebut, Pyra Labs akhirnya diakuisisi oleh Google pada akhir tahun 2002. Semenjak itu, banyak terdapat aplikasi-aplikasi yang bersifat Open Source yang diperuntukkan kepada perkembangan para penulis blog tersebut.





Cara Membuat Blog


Langkah awal sebelum membuat blog, Anda harus memiliki surat elektronik (Email). Email di butuhkan saat Anda hendak mendaftar blog nantinya. Jika Anda belum mempunyai Email, Anda bisa membuatnya di situs penyedia Email gratis, seperti : Gmail, Yahoo, Hotmail, dll.

Untuk memudahkan Anda, SoloZine telah menyiapkan artikel Langkah membuat Email di Gmail. Selengkapnya : Cara Membuat Email di Gmail

Banyak penyedia blog gratis, seperti : Blogdetik.com, tumblr.com, weebly.com, dan banyak lainnya. Platform blog yang paling populer saat ini adalah Blogger.com dan Wordpress.com.

SoloZine.com akan memberikan contoh tutorial bagaimana cara membuat blog gratis di Blogger. Untuk mendaftar di blogger.com, mengharuskan Anda untuk menggunakan Gmail sebagai alamat email. Hal tersebut karena Blogger dan Gmail adalah satu jaringan milik Google. Dengan Anda memiliki akun email di Gmail, itu berarti Anda sudah mempunyai akun Google yang terintregrasi dengan berbagai produk Google. Anda tinggal Log In menggunakan alamat email dan sandi Gmail yang telah Anda buat.




1. Langkah pertama silahkan kunjungi http://blogger.com


2. Log In menggunakan Email Gmail dan Password yang telah Anda buat. Kemudian klik Masuk
. Setelah masuk, Anda akan diarahkan pada halaman Dasbor Blogger.

3. Pada halaman Dasbor Blogger, Anda  dapat segera untuk membuat blog baru di Blogger dengan klik tombol Blog Baru.

4.  Nanti akan muncul jendela halaman untuk mendaftar Blog Baru. Seperti pada tampilan berikut.


5. Isi kolom yang tersedia

Judul isi dengan Judul Blog yang Anda inginkan. Misal " Oke Blog "
Alamat isi dengan alamat blog yang Anda inginkan. Misal " okeblog "
Template , Pilih template blog yang Anda inginkan.

Setelah itu klik Buat Blog,  maka blog Anda telah dibuat dan siap digunakan.


Anda juga dapat membuat blog di berbagai platform dengan menggunakan alamat emel

Perisian Pangkalan Data

APAKAH ITU SISTEM PANGKALAN DATA


1.Definisi :
-Pangkalan Data ialah sekumpulan data atau maklumat mengenaisesuatu topic atau tujuan tertentu yang mempunyai hubunganlogical di antara satu sama lain.
-Ia disimpan sebagai satu sistem simpanandatayang tersusundalam bentuk elektronik bagi memudahkan proses capaian olehsatu atau lebih aturcara penggunaan.
-Cth : sistem rekod pelajar-menyimpan maklumat peribadi sepertinama, ic dll.

2.Konsep Pangkalan Data
Ia menyimpan data-data di dalam suatu tempat dan membolehkandata-data tersebut diuruskan dalam bentuk logical untuk kemudahanmencapai data.

3.Sistem Berasaskan Fail Tradisional (SFT)
-Ialah Sistem yang dilaksanakan secara manual atau tradisi. Datadan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas yang kemudiannyadisimpan di dalam kabinet-kabinet khas.
-Fail yang disimpan adalahmengikut turutan abjad dan nombor rujukan supaya pencarian faildapat dilakukan dengan sempurna.
-Kaedah penyimpanan di mana data disimpan dalam fail yangberasingan dan disimpan dalam disket dan segala aplikasi perluditulis.

4.Kelemahan SFT
-Pemisahan data-setiap fail yang dibina tidak dihubungkanantarasatu sama lain.Ini menyebabkan proses kemaskini data tidak dapatdilaksanakan serentak.
-Format fail yang berbeza-tidak boleh digabung ataudisbandingdengan mudah. Cth: fail word dan excel.
-Data lewahan- fail yang mempunyai data yang samadisimpandalam pelbagai tempat menyebabkan kesukaran mencari danpenggunaan storan yang banyak.

5.Kelebihan Pangkalan Data
-Mengawal ulangan-elakkan pembaziran ruang storan, tenagadan kos serta mengurangkan percanggahan data yang sama.
-Berkongsi data-membenarkan ramai pengguna mencapaimaklumat yang dikehendaki dalam satu masa yang sama.
-Mengawal penggunaan pangkalan data kepada pengguna yanghanya diberi kebenaran


6.Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) atau DBMS
-Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta,mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data.SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.


7.Aplikasi Pangkalan Data
-Satu program yang berinteraksi dengan pangkalan data pada masa-masa
execution.
-PASCAL,COBOL,atau C++ adalah antara contoh bahasapengaturcaraan yang boleh digunakan untuk tujuan menulis aturcarapenggunaan aplikasi pangkalan data.


8.Kelebihan menggunakan DBMS
-Maklumat dan data yang dikehendaki boleh dicapai dengan lebihpantas dan tepat.
-Meminimumkan limpahan data, meningkatkan konsistensi data,pengintegrasian dan perkongsian dan menguragkanpenyelenggaraan program.
-Boleh menyisih data mengikut cara yang ditentukan oleh penggunaseperti dalam susunan abjad atau kriteria lain.
-Boleh menyenaraikan data mengikut keperluan pengguna,misalnya dari segi susunan abjad atau kriteria lain seperti tarikh,tempat dll. Data ini boleh dilhat pada skrin komputer ataupundicetak.
-Boleh melaksanakan proses menyisih dan menyenaraikan datamengikut kriteria yang dikehendaki dengan pantas dan tepat.
-Boleh dikemaskini dengan mudah.
-Boleh dikongsi dengan pantas serta mempunyai kadar interaktivitiyang tinggi menerusi pelbagai teknologi baru seperti menerusi CDROM, internet dll.

9.Keburukan menggunakan DBMS
-Semakin kompleks proses pembangunan akan memberi kesankepada prestasi sistem.b)Saiz DBMS agak besar dan memerlukan storan yang besar.
-Kos peralihan dan larian sama ada dari sistem manual atau sistemfail biasa kepada sistem pangkalan data agak tinggi.

Konsep asas pangkalan data Merupakan sekumpulan maklumat mengenai suatu topic tertentu. Iaterdiri daripada baris (rekod) dan lajur (medan).
2.Rekod (Record)
- Merupakan bars mendatar di dalam sesebuah jadual.
3.Medan (field)
- Merupakan lajur tegak di dalam sebuah jadual
4.Kunci Primer (Primary Key)
- Terbentuk daripada satu medan dalam jadual yang mempunyai nilaiyang unik. Cth : no_kp, ID_staf

Perisian Persembahan Elektronik

Powerpoint 2007 merupakan perisian persembahan elektronik yang mempunyai banyak ciri-ciri baru dan serupa versi sebelumnya yang dapat dimanfaatkan. Microsoft Powerpoint menyediakan beberapa kaedah bagi membolehkan seseorang pengguna membina atau menghasilkan satu siri slaid atau persembahan elektronik yang diingini.

Persembahan

Sebuah persembahan adalah pengumpulan data dan maklumat yang perlu disampaikan kepada audien yang spesifik. Sebuah persembahan Powerpoint mengandungi kumpulan gambar elektronik yang terdiri daripada teks, grafik, imej, jadual, audio dan video. Koleksi ini dapat berjalan secara automatik atau boleh dikendalikan oleh penyampai.

Membuka  Aplikasi Microsoft Powerpoint


<!--[if !supportLists]-->1.    <!--[endif]-->Klik Start, All Programs and Microsoft Office.

<!--[if !supportLists]-->2.    <!--[endif]-->Pilih Microsoft Office PowerPoint 2003.

3.   Skrin seperti di bawah akan dipaparkan

<!--[if !supportLists]-->4.  Paparan adalah antara muka PowerPoint

<!--[if !supportLists]-->5.   Berikut merupakan Menu bar dan Toolbars pada bahagian atas tetingkap